|
Khuf |
Khuf (juga disebut Khuffain) membawa maksud sejenis kasut kulit lembut yang menyerupai setokin menutupi atas buku lali yang diperbuat daripada kulit haiwan atau kulit tiruan (bahan pvc, getah dll). Ianya tidak mempunyai tapak keras dan juga tidak berlubang kecuali hanya pada bekas jahitan. Memakai Khuf ini adalah suatu sunnah dan biasanya dipakai untuk memelihara kaki ketika musim sejuk.
Perbezaan khuf dan setokin ialah jenis materialnya yang kalis air. Setokin akan basah bila disapukan air wuduk, manakala khuf pula tidak basah dan tidak menyerap air.
.
.
Menyapu Khuf
.
Menyapu khuf bermaksud melalukan tangan yang basah di atas khuf sebagai ganti kepada membasuh kaki semasa berwuduk. Sabitnya hukum menyapu khuf berdasarkan kepada hadis yang mencapai ke tahap mutawatir dan para ulama telah ijmak akan keharusannya. Ia diterangkan melalui perlakuan Rasulullah ﷺ sendiri di mana baginda menyapu kaki ketika memakai khuf dan membasuhnya ketika tidak memakai khuf.
.
Semasa mengambil wudhuk, orang yang memakai khuf tidak perlu menanggalkan khufnya. Memadai ia menyapu air di atas khufnya sebagai ganti kepada membasuh kaki. Menyapu khuf merupakan keringanan yang diberikan oleh Syarak kepada umat Islam. Keringanan ini terbuka untuk lelaki dan wanita, orang yang sedang musafir atau yang berada di dalam negeri, yang sihat atau yang sakit.
.
Jabir bin Abdullah al-Bajali r.a. menceritakan; “Aku telah melihat Nabi ﷺmembuang air kecil (kencing), kemudian baginda mengambil wudhuk dan menyapu air atas dua khufnya.”
.
وَعَنْ ثَوْبَانَ رضي الله عنه قَالَ: بَعَثَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – سَرِيَّةً, فَأَمَرَهُمْ أَنْ يَمْسَحُوا عَلَى اَلْعَصَائِبِ يَعْنِي: اَلْعَمَائِمَ –وَالتَّسَاخِينِ- يَعْنِي: اَلْخِفَافَ – رَوَاهُ أَحْمَدُ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِمُ
Daripada Thawban r.a. katanya, “Rasulullah ﷺ telah mengutus satu pasukan dan baginda memerintahkan mereka supaya menyapu di atas ‘asa`ib yakni serban, dan khuf.” (Hadis RiwayatAhmad, Abu Dawud, dan ditashih oleh al-Hakim)
.
.
Syarat-Syarat Menyapu Khuf
.
1. Orang yang hendak menyarungkan dua khuf hendaklah terlebih dahulu dalam keadaan suci dari hadas dan memakainya dalam keadaanberwuduk.
2. Khuf itu mestilah dari bahan yang suci, bukan najis. Tidak boleh menyapu khuf (kasut) yang dibuat dari kulit babi atau anjing atau kulit binatang yang belum disamak.
3. Khuf menutupi keseluruhan kaki yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk, iaitu dari hujung jari hingga ke buku lali.
4. Jika khuf sudah berlubang dan pemiliknya orang miskin, maka ia dibolehkan juga mengusapnya
5. Cara mengusapinya ialah memulakan dari hujung kaki naik ke betis di atas khuf. Tidak boleh menyapu bahagian bawahnya.
6. Khuf itu hendaklah tahan dibawa berjalan berterusan selama sehari semalam bagi orang yang berada dalam negeri atau tiga hari tiga malam bagi musafir.
7. Menyapu khuf pada tempoh tertentu sahaja: 24 jam bagi bukan musafir dan 72 jam untuk orang bermusafir.
.
.
Pandangan Ulamak
.
Adalah dimaafkan jika terdapat sedikit koyakan pada khuf atau terdapat sedikit bahagian kaki yang tidak ditutupinya mengikut pandangan sebahagian ulamak antaranya Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Namun bagi Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad; tidak harus menyapu khuf jika terdapat sebarang koyakan hingga menampakkan kulit kaki sekalipun kecil sahaja. Sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie mensyaratkan; hendaklah khuf yang dipakai tidak dapat ditembusi oleh air kecuali melalui lubang-lubang jahitan sahaja (maka ia dimaafkan kerana tidak dapat dielakkan).
.
Dari syarat-syarat di atas, dapat kita simpulkan bahawa material kasut tidaklah dipentingkan. Asalkan kasut yang dipakai memiliki ciri-ciri di atas, haruslah kita menyapu air di atasnya semasa mengambil wudhuk tanpa perlu menanggalnya sama ada kasut itu dibuat dari kulit, getah, kain atau sebagainya.
.
Mengenai tayammum pula, menurut mazhab Imam Syafi’ie; harus menyapu khuf yang dipakai selepas tayammum jika sebab tayammum itu bukan kerana ketiadaan air tetapi kerana sebab-sebab yang lain iaitu sakit atau sebagainya.
.
.
Berwuduk Dengan Memakai Selain Khuf
.
Berwuduk dengan memakai selain daripada Khuf (setokin/sarung kaki) ?
Berwuduk dengan khuf cukup/memadai dengan hanya menyapu air di bahagian atasnya. Khuf ialah sesuatu yang menutup kedua kaki. Dalam hal ini, bolehlah diertikan sebagai kasut. Namun kalau diteliti punca yang menyebabkan pemakaian kasut, maka pengertian khuf tidak hanya terbatas pada kasut sahaja. Umumnya fungsi kasut ialah untuk melindungi kaki dari kedinginan kerana sejuk, dari terluka dan sebagainya. Oleh itu segala bentuk pakaian untuk kaki yang mengambil fungsi-fungsi tersebut adalah juga termasuk dalam pengertian khuf. Pembalut kaki seperti setokin juga menetapi fungsi-fungsi pemakaiankhuf.
.
Mughirah bin Syu’bah r.a. menceritakan; “Rasulullah ﷺ mengambil wudhuk dan baginda menyapu atas dua jaurab (sarung kaki) dan dua kasutnya.”(Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi)
Yahya al-Buka r.a. pernah mendengar Ibn Umar r.a. berkata: “Menyapu di bahagian atas al-Jaurab sama seperti menyapu di bahagian atas kedua-dua belahkhuf.” (Hadis riwayat Abdul Razzaq)
.
Kesimpulan :
1-Hendaklah menutupi bahagian kaki sehingga ke atas buku lali.
2-Hendaklah dalam keadaan berwuduk yang sempurna sebelum memakai khuf
3-Tempat menyapu atau tempat yang disyariatkan untuk menyapu ialah bahagian atas khuf tersebut.
.
Dari Mughirah r.a. katanya; “Aku lihat Rasulullah ﷺ menyapu bahagian atas kasut.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)
.
وَعَنْ عَلِيٍّ – رضي الله عنه – قَالَ: – لَوْ كَانَ اَلدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ اَلْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ, وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ – أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ بِإِسْنَادٍ حَسَن
Daripada Sayidina Ali r.a., katanya; “Sekiranya agama itu boleh diputuskan dengan akal fikiran, maka tentu menyapu di bahagian bawah khuf lebih utama dari menyapu di bahagian atasnya. Sesungguhnya aku telah melihat Nabi ﷺmenyapu bahagian atas dua khufnya.”(Hadis Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang hasan)
.
.
Memakai Khuf Dalam Keadaan Hadas Besar
Adakah dibenarkan penggunaan khuf dalam keadaan hadas besar dan bagaimana dengan hadas kecil?
وَعَنْ عُمَرَ –مَوْقُوفًا- و]عَنْ] أَنَسٍ –مَرْفُوعًا-: – إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ وَلَبِسَ خُفَّيْهِ فَلْيَمْسَحْ عَلَيْهِمَا, وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا, وَلَا يَخْلَعْهُمَا إِنْ شَاءَ إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ” – أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ, وَالْحَاكِمُ وَصَحَّحَهُ
Diriwayatkan daripada ‘Umar secara mawquf dan daripada Anas secara marfu’: “Apabila seseorang dari kamu mengambil wuduk dan memakai khuf maka hendaklah dia menyapunya, bersolat dengan memakainya dan janganlah dia menanggalkannya walaupun dia mahu kecuali kerana berjunub.” (al-Daruqutni dan al-Hakim mentashihnya).
.
Safwan bin ‘Assal r.a. menceritakan; “Rasulullah ﷺ menyuruh kami supaya menyapu atas khuf-khuf kami dan tidak menanggalkannya selama tempoh tiga hari sama ada selepas kami buang air besar (berak), kencing dan tidur. Kecualilah selepas janabah (berjunub atau berhadas besar).” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad, an-Nasai dan lain-lain)
.
Dapat difahami bahawasanya terbatal penggunaan khuf jika berlaku hadas besar iaitu (junub) manakala hadas kecil dan lain-lainnya tidak menghalang penggunaan khuf.
.
.
Tamat Penggunaan Khuf
.
Dari Syuraij bin Hani’ r.a. berkata; “Aku bertanya kepada A’isyah tentang menyapu khuf, maka ujarnya; Tanyalah pada Ali kerana lebih mengetahui hal itu daripada aku. Lalu aku bertanya pada Ali, maka ujarnya; Telah bersabda Rasulullah ﷺ;‘Bagi musafir ialah 3 hari 3 malam, sedangkan bagi yang bermukim (tidak bermusafir), ialah sehari semalam.”(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibn Majah)
.
وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ – رضي الله عنه – قَالَ: – جَعَلَ اَلنَّبِيُّ – صلى الله عليه وسلم – ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ لِلْمُسَافِرِ, وَيَوْمًا وَلَيْلَةً لِلْمُقِيمِ. يَعْنِي: فِي اَلْمَسْحِ عَلَى اَلْخُفَّيْنِ – أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ
Daripada ‘Ali r.a. katanya, “Rasulullah ﷺtelah menentukan selama tiga hari dan tiga malam untuk orang bermusafir, dan sehari semalam untuk orang yang berada di tempat sendiri, yakni berhubung dengan menyapu khuf ketika berwuduk.”(Hadis Riwayat Muslim)
.
وَعَنْ صَفْوَانَ بْنِ عَسَّالٍ – رضي الله عنه – قَالَ: – كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَأْمُرُنَا إِذَا كُنَّا سَفْرًا أَنْ لَا نَنْزِعَ خِفَافَنَا ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ, إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ وَلَكِنْ مِنْ غَائِطٍ, وَبَوْلٍ, وَنَوْمٍ – أَخْرَجَهُ النَّسَائِيُّ, وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَاللَّفْظُ لَهُ, وَابْنُ خُزَيْمَةَ وَصَحَّحَاهُ
Daripada Safwan bin ‘Assal katanya, “Rasulullah ﷺ menyuruh kami apabila bermusafir supaya tidak menanggalkan khuf selama tiga hari dan tiga malamkecuali kerana berjunub. Tetapi tidak perlu ditanggalkan kerana buang air besar, kencing dan tidur.” (Hadis Riwayat al-Nasa`I, al-Tirmizi, Ibn Khuzaymah)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Harga: RM 48.00 tidak termasuk pos
Saiz: 7,8,9
Warna: Hitam, coklat, kelabu
Whatsapp: +60196137879