Kelengkapan yang perlu dibawa semasa menunaikan umrah
Hampir semua agensi umrah memberi senarai item yang perlu dibawa seperti ini. Antaranya ialah:
LELAKI
1) Pakaian ihram dua(2) set yang tebalnya bersesuaian dengan musim umrah yang anda pilih iaitu musim panas atau sejuk
2) Tali pinggang haji
3) Dua helai baju biasa
4) Dua helai Baju Melayu/Kurta/Jubah
5) Empat singlet berlengan (t-shirt zip berpoket)
6) Dua helai seluar panjang
7) Tiga helai kain pelikat
8) Dua helai tuala mandi
9) Sehelai tuala kecil
10) Dua pasang stokin
11) Selipar getah yang ringan
12) Kasut biasa (kasut jalan)
Untuk kaum WANITA pula kena bawa:
1) Dua telekong
2) Dua mini telekong
3) Tiga pasang baju kurung/Jubah
4) Dua pasang maxi
5) Dua pasang baju tidur
6) Tiga pasang stokin (stokin biasa, stokin wudhu', stokin tawaf)
7) Sarung tangan/lengan (tidak menutup keseluruhan tapak tangan)
8) Dua helai tuala mandi
9) Tuala kecil
10) Selipar getah (lebih ringan lebih baik)
11) Kasut biasa (kasut jalan)
Item lain yang disarankan untuk dibawa ialah:
1) Buku doa (pakej umrah beri percuma)
2) Balm tumit dan balm bibir tanpa bau (boleh digunakan semasa di dalam ihram)
3) Penyangkut baju (memang berguna)
4) Gunting kecil (perlu)
5) toiletries (ubat gigi, berus gigi, sabun mandi
6) Uncang kasut
7) Tasbih digital dan Botol Spray Wudhu'
Tambahan barang cadangan lain:
8) Mangga kecil (untuk beg)
9) Sarung beg untuk menjaga kekuatan beg
10) Label beg (nama, alamat, no.tel)
No comments:
Post a Comment