Busana Muslim & Muslimah Al-Farees

Busana Muslim & Muslimah Al-Farees
Kelengkapan Haji dan Umrah

Intro

Assalamu'alaikum.
Terima kasih kerana mengunjungi laman kami. Di sini kami sedaya upaya memenuhi keperluan anda dari sudut fesyen dan ibadah. Untuk memaksima kepuasan pelanggan, kami telah merangka visi dan misi syarikat untuk tujuan itu.

Visi:

Menjadi pusat sehenti produk keperluan ibadah nombor 1 di Malaysia

Misi:

1) Mengekalkan kualiti dan menambah rangkaian produk pakaian muslimin dan muslimah yang terkini

2) Menjadi sumber yang boleh dipercayai dan diyakini dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai pakaian-pakaian di dalam Islam, tatacara mengerjakan haji dan umrah, persiapan pelajar sekolah tahfiz dan nasihat-nasihat berkaitan pemakaiannya.

3) Mengembangkan servis kami ke seluruh Malaysia dengan tujuan memudahkan ummah mendapat bekalan

4) Membantu muslimin dan muslimah menghias ibadah melalui pemakaian dan penggunaan barangan berkaitan ibadah yang mematuhi syarak

Tenang dan Yakin bersama Al-Farees

Jemput like untuk info terkini di facebook kami:
http ://www.facebook.com/alfarees.collections

Selain dari kelengkapan haji dan umrah, kedai kami juga menjual keperluan pelajar tahfiz; buku dan naskhah Al-Quran; serta barangan ibadah harian seperti telekung, sejadah, tasbih, minyak wangi dan pelbagai barangan lain lagi.

Semoga Allah swt menerima amalan-amalan kita di dunia
untuk bekalan saham akhirat, insya Allah









CARA MEMBACA LABEL SAIZ JUBAH
==============================
Ramai pelanggan kami yang pertama kali ingin membeli jubah akan keliru dengan label saiz pada jubah. Ini kerana ia agak berbeza sedikit dengan label saiz pakaian biasa.
Tips ini bagus untuk mereka yang ingin membeli jubah untuk orang lain atau untuk pembelian secara online.
Namun tips yang dipaparkan di bawah mempunyai sedikit perbezaan di antara jenama-jenama. Namun biasanya ukuran bahagian labuh akan tetap sama.
Ada juga jubah yang dilabel mengikut umur. Biasanya label jenis ini hanya untuk jubah kanak-kanak, terutamanya jubah keluaran Malaysia. Saiz dari 1 hingga 15 tahun. Namun anda tidak boleh mengandaikan saiz anak anda akan muat cantik mengikut label umur pada jubah tersebut. Kerana ukurannya mengikut ketinggian average bagi setiap umur. Ia memerlukan ukuran yang tepat jika dibeli secara online.
Dipersilakan SHARE jika bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Jemput Masuk

Jemput Masuk
Separuh dari barangan yang ada. InsyaAllah kami akan tambah lagi. Jemput datang atau boleh PM untuk tanya barang2 lain sebab tak semua barang di-upload di dalam page. Tq smile emoticon 0196137879

Kurta

Kurta
KURTA S-XL RM75 XXL RM80 XXXL RM85 Poslaju semenanjung RM5 Poslaju SS RM10

Serkup Aurat

Serkup  Aurat

Sarung Lengan

Sarung Lengan
Antara Sarung Lengan yang sangat laris harga sepasang sarung tangan exclusive ni rm13.90. Ada banyak warna lagi. Jika berminat boleh direct whatsapp : 019 - 6137879.

Kasut Hajjah

Kasut Hajjah
JOM cuba sarung kasut hajjah ni! lembut dan selesa.. Lokasi: C-1-33, Jalan Bidara 9, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan

Kasut Hajjah yang selesa

Kasut Hajjah yang selesa
YAM Tunku Nora Almarhum Tengku Panglima Raja mencuba dan membeli kasut Hajjah buatan Dar Al Falah..Kalau berminat jom sila ke kedai kami...jemput.